Bacaan Kegemaran saya

Orang ramai yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, suri rumah dan sebagainya adalah dijemput untuk menyertai slot Bacaan Kegemaran Saya. Melalui slot ini, para peserta dikehendaki untuk menceritakan buku kegemaran kepada pengunjung Karnival Buku Perlis. Para peserta dikehendaki untuk menceritakan mengenai buku yang telah dibaca untuk dikongsi bersama orang ramai. Setiap pembentangan memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja.

Objektif Slot Bacaan Kegemaran Saya :
1. Untuk mempopularkan pembacaan di kalangan masyarakat
2. Menggalakkan orang ramai di dalam program membaca.

Apa yang anda perlu lakukan sebagai peserta?
 Beri dan ceritakan maklumat buku yang paling anda gemari. Maklumat seperti berikut:
  • Judul buku
  • Nama penerbit
  • Tahun penerbitan
  • Sinopsis / Tahun Terbitan
  • Berikan pendapat/ kesimpulan kenapa anda suka buku tersebut
Bila dan dimana Slot Bacaan Kegemaran Saya diadakan?
Sepanjang Karnival Buku Perlis 24 Feb - 2 Mac 2014 sekiranya ada kelapangan masa di Konti Urus Setia (DJ) ataupun setiap hari pada jam 6.00 petang. Apa tunggu lagi, jom..Sharing Is Charing!

No comments:

Post a Comment